Selasa, 31 Agustus 2010

Inilah Kehidupan

Ingatlah kawan ............ 
Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."
Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati
"Kesusahan tidak semuanya siksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"
Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket
Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencoba lagi dengan cara yang lain"
Kegagalan bermakna bahwa keberhasilan yang tertunda"    
Tapi
Ingatlah bahwa anda boleh gagal dalam apa saja dalam hidup asalkan tidak menjadi seseorang yang gagal"   
Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu"
Uang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda 
Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencoba kerja lain  
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini   ( Mohon Di renungkan )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar